Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Pencuci Mulut

  1. Paling ringkas, anda boleh gunakan buku catatan biasa yang boleh dibeli dengan harga beberapa puluh sen sahaja. Tetapi ingat ! Ia hanya dikhaskan bagi mengurus pembelajaran dan aktiviti harian anda.
  2. " Kebenaran yang tidak terancang akan ditewaskan oleh kebatilan yang terancang." (Ali bin Abu Talib)
  3. " Berjalanlah [bekerjalah] kamu atas keberkatan Tuhan" (Nabi Muhammad bin Abdullah)
  4. Dalam Islam, faktor keberkatan juga penting dalam pembelajaran. Keberkatan mempengaruhi hasil dan faedah yang anda peroleh daripada waktu belajar anda. Ada kalanya orang memperuntukan masa dua jam bagi ulang kaji yang boleh dibuat dalam masa 30 minit. Ada pula kerja kursus setebal 200 muka surat ditolak oleh pensyarah, sedangkan yang setebal 50 muka surat dipuji dan dijadikan contoh. Ada orang yang tidak banyak peralatan belajar tetapi berjaya dan ada orang yang mempunyai semua kelengkapan tetapi masih gagal. Kenapa ? Mungkin faktor keberkatan boleh menjelaskannya.
  5. Daya kepimpinan dan karisma memainkan peranan dalam proses pengagihan tugasan. Adakah anda memiliki kuasa itu ?
  6. " Berikan padaku sepuluh pemuda yang baik. Nescaya akan ku dapat menawan dunia ini." (Sukarno)
  7. Anda boleh mendapatkan pendapat rakan rakan mengenai prestasi anda di dalam kelas. Tanyalah mereka aspek aspek pertanyaan, tumpuan dan kecemerlangan anda. Jangan berkecil hati sekiranya mereka mengkritik dan menasihati anda. Terimalah dengan hati terbuka.
  8. " Keajaiban bermula dengan kebijaksaan." (pepatah Greek)
  9. " Mulakkan hari anda dengan senyuman yang menawan." (WC Fields)
  10. Kadangkala selepas habis cuti sekolah, anda akan terasa sedikit berat dan tidak semangat. Mungkin ia bukanlah perkara yang luar biasa tetapi jangan biarkan diri anda dikuasai oleh rasa lemah itu. Cuba fikirkan kesreonkan yang bakal anda alami apabila tiba musim baru persekolahan. Fokus padanya dan rancang bagi menjadikannya lebih seronok lagi !
  11. Selain daripada belajar, anda juga mempunyai tugasan hidup yang lain seperti sebagai anak, abang, adik, kawan, pemimpin pelajar dan banyak lagi. Anda juga mempunyai tanggungjawab pada diri sendiri. Peruntukanlah masa dan komitmen dengan baik supaya ia sentiasa seimbang.
  12. " Anda tidak boleh berbangga dengan apa yang anda akan lakukan." (Henry Ford)
  13. " Penangguhan adalah pencuri masa." (Edward Young 1683-1765)
  14. Kemahiran interpersonal penting bagi memastikan anda tidak melakukan hati orang lain. Kadangkala ada orang yang suka mengagak dan membuat spekulasi. Apabila anda menolak dan bertegas, mungkin mereka menggangap anda kedekut, pentingkan diri sendiri dan tidak tahu bersosial. Elakkan semua ini dengan memahirkan diri anda dengan kemahiran interpersonal.
  15. Sedarlah, masa itu emas. Sekiranya anda inginkan emas, anda perlu melombongnya terlebih dahulu. Ia perlu dibersihkan daripada lumpur dan kotoran. Selepas itu, ia perlu dipanaskan didalam relau yang panas. kemudian ia akan ditempa dengan lembut dan berhati hati. Begituh juga dengan masa anda. Ia akan menjadi emas yang cantik sekiranya anda berusaha dan tekun bagi menjadikannya begitu.
  16. " Demi masa, sesungguhnya manusia berada dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh. Dan juga mereka yang saling tolong menolong dengan kebenaran dan saling tolong menolong dengan kesabaran." (Quran)
  17. Tentukan masa ulang kaji yang sesuai bagi anda. Ada yang menggemari waktu petang, ada yang suka waktu malam dan ada yang suka waktu dinihari. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing masing dan andalah yang paling layak menilai diri anda.
  18. Pastikan tempat belajar anda selamat daripada unsur unsur yang berbahaya. Ada kalanya, orang mencari tempat yang sunyi sehingga memilih tempat yang berbahaya seperti ditepi tebing dan sebagainya. Anda juga perlu pastikan sekiranya sesuatu terjadi, anda boleh meminta pertolongan dengan segera.
  19. " Kadangkala anda perlu mencipta apa yang anda inginkan." (Geri Weitzman)
  20. Anda mungkin hendak merujuk sesuatu konsep, judul buku dan perkara perkara berkenaan sesuatu topik. Buat lah satu fail khas bagi menyimpan semua sukatan pelajaran dan letakkan ditempat selamat. Suatu hari nanti, ia mungkin berguna untuk karier dan kerjaya anda.
  21. " Permulaan adalah bahagian terpenting dalam sesuatu kerja." (Plato)
  22. Berhati hatilah apabila meminjamkannya kepada rakan rakan. Salah satu cara pencegahan yang baik adalah anda membuat salinan fotostat bagi simpanan sendiri. Apabila ada yang ingin meminjam, pinjamkan sahaja salinan itu.
  23. " Perjalanan seribu batu bermula dengan langkah yang pertama." (Lao Tsu)
  24. Walaupun mempunyai peraturan dan sasaran setiap kali bekerja, kadangkala perlu ada faktor keanjalan dan kespontanan. Maksudnya, kadangkala kumpulan belajar boleh membuat tugasan tergempar atau melakukan sesuatu yang tidak dijangka. Dengan ini, kumpulan anda boleh menjadi bukan sahaja reaktif, malah lebih proaktif.
  25. "  Semua orang bodoh mampu mengkritik, mengutuk dan mengada ngada dan kebanyakan orang bodoh melakukannya." (Dale Carnigie)
  26. " Anak-anak saya pasti akan mendapat sebuah komputer. Tetapi sebelum itu, mereka akan mendapat buku terlebih dahulu." (Bill Gates)
  27. Dalam masa yang singkat sahaja, pelbagai peralatan dan fungsi baru dihasilkan. Sekiranya anda berfikiran 'selesa' dengan cara pembelajaran anda sekarang, maka anda akan ketinggalan teknologi yang terkini. Anda mungkin tidak perlu memilikinya, cukup sekadar mengetahuinya.


Terima kaseh kerana sudi membaca . Suke ? LIKE okeyh ^_^

0 orang mauu tauu secrett saye: